Kes CTEV adalah antara kes yang paling kerap dirujuk kepada OT untuk splint. Tapi, bagi pesakit yang lewat mendapatkan rawatan, penggunaan splint sudah tidak sesuai dan pesakit memerlukan kasut khas. Bagi pesakit yang kurang berkemampuan, mereka akan memohon kasut khas ini daripada JKSP kerana harga kasut khas ini sangat mahal berbanding kasut biasa. Namun begitu, doktor akan merujuk juga pesakit ini untuk mendapatkan splint. Bagi OT, ini bukan masalah kerana sebagai OT, kita mestilah kreatif dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, modifikasi perlu dibuat bagi menyesuaikan kegunaan splint supaya lebih functional kepada pesakit. Pesakit ini sudah menerima splint AFO nya sebulan yang lalu. Ibunya telah memaklumkan bahawa dia telah memakaikan splint untuk membolehkan anaknya berjalan kerana penggunaan kasut biasa tidak boleh memposisikan kaki pesakit dengan betul. Dapat dilihat di sini, splint ini memang telah digunakan dengan sepenuhnya dan kotor. Maka, ia perlu dibersihkan dahulu seb
Comments
Post a Comment