Skip to main content

Modifikasi AFO Sebagai Ortothik Sementara


Kes CTEV adalah antara kes yang paling kerap dirujuk kepada OT untuk splint. Tapi, bagi pesakit yang lewat mendapatkan rawatan, penggunaan splint sudah tidak sesuai dan pesakit memerlukan kasut khas. Bagi pesakit yang kurang berkemampuan, mereka akan memohon kasut khas ini daripada JKSP kerana harga kasut khas ini sangat mahal berbanding kasut biasa. Namun begitu, doktor akan merujuk juga pesakit ini untuk mendapatkan splint. Bagi OT, ini bukan masalah kerana sebagai OT, kita mestilah kreatif dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, modifikasi perlu dibuat bagi menyesuaikan kegunaan splint supaya lebih functional kepada pesakit.


Pesakit ini sudah menerima splint AFO nya sebulan yang lalu. Ibunya telah memaklumkan bahawa dia telah memakaikan splint untuk membolehkan anaknya berjalan kerana penggunaan kasut biasa tidak boleh memposisikan kaki pesakit dengan betul. Dapat dilihat di sini, splint ini memang telah digunakan dengan sepenuhnya dan kotor. Maka, ia perlu dibersihkan dahulu sebelum proses modifikasi.

Bersihkan splint


Buat torehan pada tapak splint. Ini untuk menguatkan lekatan gam untuk langkah seterusnya.

Toreh pada tapak splint

Potong plastozoid mengikut saiz tapak AFO tadi.

Lakaran pada plastozoid

Walaupun alatan yang terhad, gunakanlah sepenuhnya dengan kreativiti. Saya gunakan gam UHU untuk melekatkan plastozoid dan panaskannya dengan heat gun untuk mendapatkan bentuk dan lekuk yang diingini bagi kemasan yang cantik.


Proses menampal plastozoid pada splint

Gunakan penebuk lubang untuk menebuk lubang pada splint dan kemudiannya guna pelayar ribet untuk memasang strap pada lubang yang telah ditebuk tadi.

Penebuk lubang


Playar ribet

Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini. Selamat mencuba.

*Nota : Ini adalah modifikasi untuk pesakit kanak-kanak. Setiap terapis mampu menilai rawatan dan penggunaan modaliti yang bersesuaian dengan pesakit mereka. Tutorial ini hanya sebagai perkongsian idea dan bukan sebagai cadangan rawatan untuk semua kes. Setiap pesakit memerlukan rawatan yang khusus dan tersendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Shore Handwriting Screening for Early Handwriting Development

Shore Handwriting Screening for Early Handwriting Development The Shore Handwriting Screening (SHS) adalah salah satu alat penilaian non-standardized untuk menentukan punca handwriting dysfunction  ataupun masalah penulisan di kalangan kanak-kanak yang berusia 3 hingga 7 tahun. The Shore Handwriting Screening (SHS) menyediakan satu senarai semak yang mudah untuk tujuan penyimpanan data penilaian. Masa yang diambil untuk penilaian Shore Handwriting Screening (SHS) adalah dalam 15 hingga 20 minit. Download di sini